Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi SAW, tetapi tidak juga sembuh, hingga menjadikannya berputus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata :
“Tahukah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran?”
Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.
Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :
Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :
1. Surah At - Taubah ( Ayat 14 )
2. Surah Yunus ( Ayat 57 )
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu yang jadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat, petunjuk dan keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
3. Surah An - Nahl ( Ayat 69 )
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
4. Surah Al - Isra’ ( ayat 82 )
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
5. Surah Asy - Syu’ara’ ( Ayat 80 )
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.