AIR ALKALI

Badan manusia memerlukan nisbah 80% alkali dan hanya 20% asid, namun cara pemakanan kita pada hari ini tidak seimbang. Ini menyebabkan asid terkumpul secara berlebihan di dalam badan dan menjadi racun. Kebanyakkan penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis berpunca dari asid yang berlebihan dalam badan.

Masalah ini boleh diatasi dengan meminum air beralkali. Ini bertujuan untuk meneutralkan kembali tahap ph dalam badan supaya seimbang serta mengelakkan pengumpulan asid secara berlebihan. Sebagaimana yang kita tahu, air zam zam juga bersifat alkali. Sudah tentu ada hikmahnya mengapa air zam zam dijadikan Allah bersifat alkali.


Apakah air alkali ?
  • air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen.
  • mempunyai kandungan mineral yang banyak serta pH yang tinggi iaitu 9.0-10.6 pH.


Penyakit -penyakit Yang Disebabkan pH Badan Berasid
  • Kanser Sel - Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser
  • Kencing Manis - Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas, menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin
  • Darah Tinggi - Toksik berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darang sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat
  • Darah Rendah - Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah
  • Penyakit Buah Pinggang - Pengumpulan toksik berada di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang 

  • Sembelit - Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar kekurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit

Khasiat Air Alkali
  • Membantu system perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjana oksigen untuk kecergasan serta bertindak sebagai anti-oksida, meneutralkan radikal bebas.
  • Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi dan galian dalam bentuk ionic untuk memudahkan diserap dalam system penghadaman.
  • Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan.
  • Menyahkan toksik dalam badan.
  • Menyeimbangkan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
  • Melancarkan pegaliran darah serta memperluaskan salur pembuluh darah.

Untuk info yang lebih lanjut, Sila klik :

http://wanzpyra.wordpress.com/2009/10/05/rahsia-kehebatan-air/

http://www.iqlima.com/artikel/apa-kata-pakar-tentang-penggunaan-air-alkali/